Wednesday, October 14, 2009

beristigfar selalu...

dah hampir sebulan ayong tak update blog..
emmm...

hari ini ayong ade perasaan yg pelik...
susah nak ckp mcm maner perasaan nih..

tak suker nyer dgn manusia yg berlakon baik...;(
sedey... ;(

Tuesday, September 15, 2009

dah di penghujung ramadhan....

sedar tak sedar, rupa-rupa nya ramadhan dah nak sampai di penghujung...
sekejap je kan... cepat nya masa berlalu...
mmg seronok dan tak sabar2 nak raya tp dah cukup ke amalan ayong utk ramadhan tahun ni?
mungkin kah ayong akan bertemu ramadhan thn dpn?...
Ya Allah Maha Mengetahui segala nya....

Monday, September 7, 2009

tarawih...alhamdulillah..

1/9 lalu pertama kali ayong terawih di johor... ayong terawih di sebuah masjid di taman cempaka... jemaah wanita nya ramai, alhamdulillah... seronok sangat... ;)
syukran...
teringat masa terawih kat taman meru, ipoh... meriah...
tahun ni ayong sempat terawih di kampung kuala pari, umah nenek... alhamdulillah..
lama tak terawih kat sana... ;)

Friday, September 4, 2009

pesan ibu untuk anak perempuan...

Setiap kali menjelang Ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Di antara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu Solat Subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran ALlah dan hukum hakam
dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika tu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan
ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu: Apa yang nak ibu cakap ni....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no.3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga
tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada
hari raya pertama. Betul tak?

Ateh & Acik: Betul, mestilah rumah ibu dulu..

Ibu: Dengar dulu, contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah
yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik : Rumah ibulah sebab dekat

Ibu: Tidak, ibu tidak izinkan kamu balik ke sini. Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik
ke rumah ibu. Ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.

Ateh: Mengangguk..(tanda faham... dia ni banyak ikut perwatakan ibu: penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit,
sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut.....diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam Islam
seperti ibu juga).

Acik: Mana boleh macam tu tak aci lah, kena gilir-gilirlah baru adil. (dia ni memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas hati)

Ibu: Ingatlah......jika anak-anak perempuan tu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti...taatlah pada suami
dan mentua

Acik : Macam kaum h****lak. Dah kahwin tak boleh gi rumah emakbapak.

Ibu: Bukan macam tu......Islam tu indah..setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya
akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mana... hanya dua perkara
kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaALlah dia tak
akan ke mana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah
macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.

Ditakdirkan ALlah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).

Dengan takdir ALlah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa......terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia ni memang malu sakan dgn ibu).

Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?

Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?

Abang ipar : Mereka tiada halangan. (dalam hati saya rasa terkilan apalah ibu ni biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)

Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan
menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya).

Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini. Apabila habis bulan Syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah Islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulung tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain...(tak boleh cerita panjang dah
masuk bab mengumpat.)

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga.......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu? Ya ALlah,.berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Amin

Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka...

Monday, August 17, 2009

andai ini Ramadhan ku yang terakhir...

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR ....

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih...berqiamullail...bertahajjud... mengadu...merintih...meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU" andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

Friday, August 14, 2009

tahniah untuk housemateku, liza...

ari ni ayong tumpang gumbira... sbb tarikh kawen housemate ayong, liza dah
ditetapkan... iaitu 29/11... alhamdulillah...
seronok nyer... tumpang gumbira....
ayong doakan semua nya berjalan lancar yer...

ucapan untuk liza,
selamat membuat persiapan yer... ;)
warna tema aper ek... nak tampah baju nih... hihi......

ain dan ibah biler ek?.... ;)
next year sarah akan bergelar 'umi sarah'... hihi
eza pulak 'mama eza'... ;)

Wednesday, August 12, 2009

kenapa???

semua akan percaya apa yang dilihat oleh mata dan apa yang diperlakukan secara zahir...
susah sgt ker nak menilai menggunakan mata hati?....
entah lah...
biar saja apa pandangan org lain... yg penting, Allah Maha Mengetahui...
keikhlasan dan kejujuran tak perlu dizahirkan...

macam-macam perangai org dlm dunia ni kan...
ada yg pandai berkata-kata, ada yg lurus bendul...
dunia... dunia.... duniawi....